Showing posts with label KeluhKesah. Show all posts
Showing posts with label KeluhKesah. Show all posts

Mar 9, 2013

Misi Kembali

Pertama-tamanya..


INI TIADA KAITAN DENGAN MISI KE LAHAD DATU.



Ini hanya misi "Back To Basic", means, aku kene teruskan perjuangan diet aku yang telah sekian lama aku abaikan setelah aku pregnant-threatened abortion-miscarriage (Al-Fatihah to our precious)



Dalam Disember 2012, aku dapat tau aku preggy...Dato' kasi green light boleh makan banyak... almaklum, green light dah dapat...eden melantak ikut kemahuan tapi tidak melampaui batas! kihkih...



Dulu (masa disahkan positif) berat badan : 58kg.

Sekarang (Lepas habis pantang keguguran) : 61kg


ohhhooo....ketahuilah....nak mengurangkan even 100gram lemak tu sangaattttt la susah..TAPI..tang menaikkan, jangan cakap 100gram, 1kilogram terus pun tersangaattt la senang!


hurmmm..........


start Isnin nih...misi aku kembali.

wish me luck!





p/s: Jumpa website yang sangat la membantu dalam proses mengurangkan lemak. Klik nih : SusuSejat.Com










Nov 22, 2012

Unknown Feeling





Bila seseorang bertanya,
Dah berisi ker?

Aku akan jawab,
Eh, belum lagi (sambil senyum dengan ceria)

Apa aku rasa?
Kelat. Teramat kelat.



Bila seseorang yang selalu berkomunikasi dengan aku bertanya,
Dah berisi ker?

Aku akan jawab,
Belum (sambil senyum)

Apa aku rasa?
Pahit. Tersangat pahit




Bila seseorang yang rapat dengan aku bertanya,
Dah berisi ker?

Aku akan jawab,
Belum la (sambil menggerakkan sedikit centimeter panjang bibir aku)

Apa aku rasa?
Pedih. Terlalu pedih




Bila seseorang yang sangat mengenali aku, sangat rapat dengan aku, sangat paham dengan aku bertanya,
Dah berisi ker?

Aku akan jawab,
hehe

Apa aku rasa?
Unkown feeling.... Unexplained feeling...






How I wish they know how someone like me feel when it come to this particular topic. I can called myself as a very hypocrite person because so good at hiding what I really feel when it come to this subject. 



Oh Allah,
Our Mighty Allah,

Please, grant my wishes.






p/s : Allah knows BEST.



Nov 7, 2012

Sekali Lagi

Ok.




after a few months aku leh calling2, texting2, mmsing2 with my husband,



suddenly...



sekali lagi...



line takder!




ohMyfeeling!

Oct 29, 2012

Bosan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

bosan yang teramat!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

nak tukar angin!
nak pergi holiday!


.
.
.
.

.
.
.
.

manusia memang tidak pernah puas!
.
.
.
.
.
.

termasuk la aku (aku pun manusia!)

Oct 1, 2012

Sabila Kereta Di Bengkel

Kos belanja tambang aku ini hari, dari rumah ke ofis, dengan menggunakan bas (RM1.00) + van (RM3.00) + teksi (RM25.00) adalah RM29.00!!!  Kalau naik kerete, RM29.00 tu dapat belanja 4-5 hari minyak kerete aku!! sungguh kejam!!!


Well, sape suruh ambik teksi? sebab aku nak cepat sampai ke ofis. Kalau nak naik bas ke ofis aku instead of sampai ofis dalam jam 9.30 (naik teksi yang tambang RM25), aku sampai ofis dalam jam 10.30pagi, sebab kene tunggu van penuh baru van nak gerak, kalau bas plak mesti lambat, banyak benti-benti. Dari aku sampai ofis jam 10.30pagi..baek tak payah masuk ofis! kan?

nah. ini perjalanan aku, dari rumah ke ofis, dalam 35km! =)




Tapi aku redha ~_~

Baru masuk 1 Oktober nih, dah macam-macam bende jadi kat aku.


So, Incik Oktober....please be nice to me! pwessssss!!!!



bai.

Sep 12, 2012

Azam 2012 - LimaPuluhLimaPuluh

Sebelum ni, aku hanya pasang azam nak turunkan berat badan...semangat bukan main membara, tapi usaha nak menurunkan berat badan tu..hampeh!

tapi..untuk tahun 2012 nih, aku rasa perjalanan aku nak memenuhi azam aku tak lama lagi tercapai. untuk tahun ni..aku memang sengaja tak tayang azam aku, sebab takut orang menyampah plak..hehehe...so, memandangkan azam aku rase nye macam nak tercapai jer..aku kasi tayang ini hari :)

azam 1. Sebelum menjelang 2013 - berat badan mesti dalam 55kg dan ke bawah.
azam 2. Sediakan semua kehendak dan keperluan parents aku & mertua.
azam 3. Pregnant.

Azam yang no. 1 dan 2 aku almost fulfil =) just yang no.3 jer lagi.....

arini aku bukak Beautifulnara.com  tengok ade cerita yang happy (yang buat aku sedikit cemburu) - kisah Ayu Raudah yang pernah keguguran akhirnya sekarang disahkan hamil 3bulan. Walaupun aku cemburu, tapi TAHNIAH buat ayu raudah =) semoga dapat baby yang sempurna sifat, kembar jugak...macam ayahnyer....selamat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak2 dengan redha Allah.

Semoga azam aku yang no.3 tu dapat dipenuhi jugak. Amin.......



p/s : Buat Caca...sesama kita berusaha ini tahun! =)

Aug 21, 2012

Perjalanan Menuju 50kg - Chapter 2

Yeay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Misi aku menuju nak mencapai berat badan 50kg nampaknya semakin dekat! hehehehe

walaupun dah 2 hari ni melantak lauk-pauk raya....tapi alhamdulillah, dengan izin Allah...aku masih mampu melantak dengan berhati-hati!

dari 7 Jun hingga 21 Ogos 2012, dalam 76hari aku dah diet....and result? hehehe....alhamdulillah....

07 Jun 2012 - aku 67.8kg
21 Ogos 2012 - aku dah 60.3kg!!!

i just lost 7.5kg in 76days!!

and yang paling aku suke is..aku dapat kurangkan berat badan tanpa bantuan sebarang slimming product! tapi tidak dinafikan...sometime terlintas jugak kat otak aku, yang aku kene amik slimming product utk mempercepatkan penurunan berat badan aku....but then, bila fikir pasal fulus, pasal duit....terus tak jadi....

so...aku sekadar tengok2 jer iklan2..testimoni semua yg consume benda alah nih..susu alpha lipid la, slimming itu la ini la...utk menaikkan semangat diri sendiri....


hehehe...mesti ader yang tak caye sebab aku tak tunjuk bukti kan? well...senang citer..kalau aku tipu...aku yang berdosa..itu jer :)


peace :)

p/s : Selamat Hari Raya!!! ^^

Jul 28, 2012

Pernah Dengar PCOS?

alkisahnya.

semalam aku berborak dengan one of my buddies, Caca.  Caca makin sihat!!! hahaha...dulu dier adalah manusia yang dianugerah Allah mempunyai bentuk fizikal yang bagi aku sempurna. maybe sebab Caca bahagia terlebih kot? huhu.....sangat berkurun tak jumper dier sejak dier kawen 2010. awal sikit dari aku, (aku 11.12.10 and Caca kawen 5.6.10)  surprise sangat bila semalam jumpe dier kat bazaar, sebab lepas je dier kawen dier stay kat umah mertua kat miri, since hubby dier kerje kapal. so...memandangkan sepanjang bulan puasa nih her husband kene kerje kat laut, dier plak surirumah sepenuh masa, so dier pun balik la smbut bulan posa ngan family kat kpg.

nak di jadikan cerita, kebetulan sangat2 aku dan Caca tengah bendera merah bulan posa, so both of us sempat borak panjang. kater off day posa kan..so tak risau sgt nak berbuker!

One of the hot topic yang kitorang borak is...pregnant and kids! ofkos..kater dah kawen almost 2 years..tapi masing2 masih belum dikurniakan rezeki...so...aku tengok muka Caca dah start berubah, kening dier start berkerut, mata dah start berair. Seriously...This is not Caca yang aku kenal!!! Caca seorang yang boleh dikatakan sentiasa happy, even dier tengah marah, tension, sedih...Caca tetap menunjukkan muka happy dengan aku. tapi this time? so..aku memberanikan diri tanya Caca.

Aku : Asal ko Ca? tetibe cam pelik jer muke ko?
Caca : Takde aper. Macam lama tak jumper ko..so...aku happy sangat2.
Aku : aah...macam la aku baru kenal ko.
Caca : Seriously, takder aper (dengan mata dh start merah dan berair)
Aku : Ok. Kita putus kawan! (aku sambil sengih- saja nak buat Caca citer)

lama Caca mendiamkan diri. aku pun macam nak tarik balik jer ayat2 aku yang bodoh tadi tuh. tetiba..

Caca : Ko pernah dengar PCOS
Aku : Kuih ker?
Caca : Bonggok la kau nih! Polycystic Ovary Syndrome
Aku : Ala...aku tau la. Sajer nak kasi ko marah aku. Aku pernah baca somewhere tentang bende nih. Asal?
Caca : Beb, aku aritu, sebelum Andy (nama suami Caca) gi laut aritu, kitorang pergi klinik gynea.
Aku : Ko pregnant ker Ca? (aku dengan excited!)
Caca : Tak (terus nangis! aku dah cuak dah!)
Aku : So..ape korang buat gi klinik?
Caca : Aku dah almost 3bulan tak period. Pernah gak buat cek pregnancy gune pregnancy kit tu. tapi negatif. so...Andy suggest kitorang gi klinik takut aper2 jadi kan? so...lepas buat check sumer, scan.... and unfortunately... Aku tak pregnant, tapi aku ader PCOS!
Aku : Ca...seriously? Ko biar betul? Ko jangan nak bergurau senda bulan poser nih Ca.
Caca : Aku serious beb! 



so. aku stop sampai situ jer citer pasal conversation aku ngn Caca.

aku balik umah. sebab tak puasa kan? so aku terus bukak laptop cari info pasal PCOS....


bersambung ^^



p/s : Caca, sorry aku sharekan kisah ko dalam belog aku. Ampunkan aku!!! syg ko Ca! ^^

Jun 21, 2012

Dugaan Sekali Lagi

yesterday, my mom, my sis and me pergi teman my dad buat appointment doctor orthopedics....settle cek itu, cek ini, buat X-Ray bagai, aku tersentap bila cik doktor cakap my dad perlu buat operation tulang belakang...


actually ada 2 options.

option 1 - operate! (pro and cons is here!)

option 2 - consistent makan ubat, jumpa doktor.


sebab benda ni terlalu pantas dan mengejut berlaku dengan kami, so my sis and me decided untuk ambik option ke-2...memandangkan option pertama itu banyak risiko. how i wish my dato' ader dengan aku sekarang nih.


p/s : Ya Allah, berikan aku dan keluargaku kekuatan

Jun 4, 2012

Adakah Aku "Cinderella 2012"?

wah....title ku memang mabeles! ^^


al-kisahnya begini.

ahad lepas my kazen kawen..since kawen kat kampung jer, so dorang gune rumah sendiri, since my dato' dapat join aku pegi kenduri....kater pun tgh cuti sekolah kan? so, aku pun extra mengade la..mekap2 sikit, pakai jubah yg dato' hadiahkan, pakai bawal 2 tones (beli dari sweetlady) and pakai sandal yang aku dah beli 2 bulan lepas. sandal tu takder la secantik kasut rekaan Neelofa, takderla mahal dan berjenama gah cam kasut "Charles & Keith"...

sandal aku? biasa2 saja...beli kat Parkson, The Spring Kuching, RM69.95..tapi, overall performance dier? tiptop! sangat selesa dan sangat simple (since dier kaler itam jer hikhik)


dipendekkan cerite, time pasangan pengantin bersanding, so semua orang nak tengok pengantin bersanding, termasuk la aku...so, masuk rumah kene la bukak kasut/selipar kan? huhu..dengan penuh berhati-hati aku simpan sandal aku and terus masuk rumah..tengok pengantin..

nak dijadikan cerita, perut dah lapar and we decided to makan la nasi minyak...so cik pengapit (pun kazen aku jugak), my dato' and me pun kuar rumah pergi makan kat khemah meja makan...tetiba, sandal ku tiada! hilang! disappeared! gone! waduh...bikin panas nih... dalam 2-3 minit jugak aku carik kat tmpt aku simpan td..and akibat lapar, aku rembat jer selipar jepon yg macam aku pernah nampak...otw nak ke khemah tu..aku perhati jer s.e.t.i.a.p kaki insan yang berjantina "perempuan"....takder!!!!


hurm......


tetiba;

my dato' - macam maner la boleh kene curik? bukan nyer lawa pun kasut tu.

aku - tak lawa? wa..wa..wa... (bermasam-mencuka)

my dato' -takper la...esok b ganti k?

aku - serious?

my dato' - yup!

aku - ok!


ok ayat my dato' itu sangat menenangkan jiwa kacau aku. sekian.



nota yang tak berapa nak ikhlas untuk kamu yg mencuri,
aku redha kau curik, tapi bersyarat (pernah korang jumper mangsa yang baik hati, pemurah tapi suma tu bersyarat cam aku)...kalau kau curik sebab kau takder duit nak beli sandal/kasut/selipar...aku redha! aku doa kalau kaki kau sakit sebelum nih, lepas pakai sandal aku...aku harap kaki kau pulih, tak sakit lagi....k? ^^

tapi!

kalau kau curik and kau jual kt org lain...ini sudah melampau and aku tak redha =)


got it?


adakah aku "Cinderella 2012"? hahaha....


p/s : sebab tak tahu sandal aku yg tak lawa tu (menurut my dato') akan kene curik, so...aku lgsg xder amik gmbar dier buat kenangan...so, sekarang nih...lagu tema untuk aku dan sandal aku ialah "Tinggal Kenangan - Salem"